#prnsarawak Sebanyak 971 borang pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 telah dijual sehingga jam 5.00 petang semalam.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, borang pencalonan itu meliputi lima zon iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri dan Pejabat SPR Negeri.

Menurutnya, tempoh masa penamaan calon akan berlangsung selama sejam bermula jam 9.00 pagi, Isnin ini.

Manakala tempoh rasmi kempen pilihan raya bermula selepas pengisytiharan oleh pegawai pengurus dan berakhir jam 12.00 tengah malam 6 Mei depan.

Ujarnya, pada Pilihan Raya Negeri kali ini tiada tempoh bantahan dikenakan.

Senarai calon akan diumumkan sejurus tamat tempoh penamaan calon.

Beliau turut memaklumkan pada pilihan raya kali ini proses pengundian menggunakan kaedah mencelup jari ke dalam dakwat akan digunakan.