‪#‎prnsarawak‬ Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin senarai 82 calon yang diketengahkan Barisan Nasional, BN bagi manghadapi pilihan raya negeri Sarawak seperti diumum Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, adalah yang terbaik dan bersedia memikul tanggungjawab serta aspirasi rakyat.

Beliau berkata demikian dalam catatan di laman Facebooknya.

Katanya, beliau mengambil maklum segala perselisihan faham dan kekecewaan berhubung senarai calon sudah pun diselesaikan dan dijelaskan dengan baik oleh kepimpinan negeri kepada komponen parti dan individu dalam parti.

Kerjasama dan kesepakatan, katanya, amat penting dalam menghadapi pilihan raya.

Beliau turut berharap setiap ahli BN di Sarawak akan memberi komitmen, sumbangan, masa dan tenaga serta kerjasama tertinggi kepada pucuk pimpinan dan jentera parti sewaktu kempen nanti.