#prnsarawak Kesemua 82 calon yang akan mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 7 Mei ini, telah menyatakan ikrar taat setia dan akan bergerak sebagai satu pasukan bagi berdepan pembangkang.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem menegaskan semua perselisihan faham terutamanya dalam soal penentuan calon telah selesai.