#prnsarawak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pagi tadi mengesahkan 6 penyandang kekal bertanding di kawasan masing-masing dalam pilihanraya negeri yang akan datang.
 
Ia melibatkan penyandang bagi kawasan Lingga, Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang, Batang Ai dan Engkilili.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program sejiwa senada peringkat Sri Aman, siang tadi.
 
Penyandang bagi kawasan Lingga adalah Simoi Peri, diikuti Snowdan Lawan bagi Balai Ringin, Datuk Mong Dagang untuk Bukit Begunan, Datuk Francis Harden Hollis untuk Simanggang, Malcolm Mussen untuk Batang Ai dan Johnical Rayong untuk Engkilili.