13073050_1267051243322340_407964421_o

#prnsarawak KUCHING : Sebanyak 6 laporan diterima polis berkaitan kesalahan pilihan raya selepas proses penamaan calon tamat semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak, ACP Mohd Harris Daud bagaimanapun berkata, hanya 5 kertas siasatan dibuka pihaknya untuk tindakan lanjut.

“5 kertas siasatan yang satu tu kita refer agency lain laporan dibawah Seksyen 323 KK dan Seksyen 500 Multimedia Act dan selebihnya Akta Pilihan Raya”.

Laporan berkenaan diterima dari kawasan Kota Sentosa, Kapit, Sarikei dan Tenu.

Sehingga kini juga tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya.

Dalam pada itu, sebanyak 29 permit bagi mengadakan ceramah diterima semalam.

22 daripada Barisan Nasional, BN dan 7 daripada DAP.

Manakala 8 lagi permohonan diterima sehingga jam 11.30 pagi ini.