13161326_1275407215820076_560463765_o 13161544_1275407242486740_1491885332_o

#missingheli Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga mangsa nahas terakhir dijumpai berserta bangkai pesawat.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan awam, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, pasukan mencari dan menyelamat, SAR hari ini bertumpu di sekitar kawasan Sebuyau dan Lingga melalui Sungai Batang Lupar.

Kawasan operasi meliputi 870 kilometer persegi di lokasi pencarian.

Sehingga jam 9.45 pagi tadi, pihaknya menemui kusyen dan ekor pesawat di Sungai Merah, 4 kilometer dari Lingga.

Operasi mencari melibatkan 650 orang anggota dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia,PDRM, Tentera, Pasukan Mencari dan Menyelamat Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam, JPAM.

Sehingga semalam, 5 daripada 6 orang mangsa nahas sudah ditemui dan disahkan identitinya.

Pencarian juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas sedang giat dijalankan.

5 jasad telah selamat diterbangkan untuk proses pengkebumian.