#prnsarawak Seramai 1,138,650 orang pemilh berdaftar akan memilih wakil rakyat di 82 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

25 April ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon manakala 7 Mei sebagai hari mengundi.

Pengumuman dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Datuk Seri Mohamad Hashim Abdullah sebentar tadi.

Seramai 82 Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 82 kerusi DUN bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihanraya.

Sejumlah 1,879 premis akan digunakan sebagai pusat mengundi melibatkan 2,959 saluran mengundi.

Dalam pada itu, sejumlah 20,811 orang petugas pilihanraya akan dilantik.

Secara keseluruhan, kos pengendalian pilihanraya dianggarkan berjumlah RM135.6 juta.

Jumlah pengundi yang berdaftar mengikut Daftar Pemilih Induk 2015.