#prnsarawak Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 kini menghampiri hari penentuan kepada lebih 226 calon yang bertanding apabila undi awal akan mengambil tempat 3 Mei ini.

Undi awal membabitkan 24,604 pengundi.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, pengundi awal membabitkan polis, tentera dan pasangan masing-masing.

Undian awal akan diadakan di 79 pusat pengundian dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagaimanapun, undi awal tidak membabitkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

Kertas undi awal akan disimpan di balai polis dan akan dikira pada jam 4.00 petang, 7 Mei nanti.