13062650_1264853493542115_1962523641_o

#prnsarawak MATANG : Tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum bagi negeri Sarawak untuk menghargai dan mengenang jasa pemimpin atau generasi lama yang telah berjuang untuk negeri itu.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

“Itulah Sarawak kita hidup mesra sama jadi saya isytiharkan hari ini kita kenangkan jasa-jasa generasi lama pejuang kemerdekaan Sarawak saya isytiharkn bahawa 22 Julai public holiday Sarawak day 22 of July mengingatkan jasa pemimpin”.

Tan Sri Adenan berkata demikian ketika berucap merasmikan lokasi terakhir Program Sejiwa Senada di Matang sebentar tadi.