#prnsarawak Selepas lebih 3 bulan menjelajah ke segenap pelosok bumi Sarawak, Program Sejiwa Senada tiba di kemuncaknya pagi tadi.

Pada majlis yang berlangsung di Matang, Kuching itu, 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, ia sebagai menghargai jasa perjuangan pemimpin terdahulu.

Ujarnya, cuti itu akan mula dilaksanakan tahun ini.

Program Sejiwa Senada 2016 yang bermula di Miri 8 Januari lalu berlangsung di 10 lokasi termasuk Sarikei, Kapit, Mukah dan Samarahan.

Ia bermatlamat mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan rakyat Sarawak.

Selain memperkenalkan perkhidmatan yang dapat memudahkan urusan orang ramai.

Hampir 1.5 juta pengunjung direkodkan di kesemua lokasi dengan hasil jualan bernilai RM6.8 juta menerusi pelbagai gerai yang dibuka.