#prnsarawak 20 kawasan panas telah dikenal pasti oleh polis dan akan diberikan lebih tumpuan sepanjang Pilihan Raya Negeri kali ini.

Bagaimanapun Datuk Seri Zulkifli enggan mendedahkan senarai lokasi berkenaan.

Tambah beliau, mana-mana pihak yang ingin mengadakan ceramah diminta memohon permit terlebih dahulu dan mematuhi semua peraturan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sepanjang tempoh berkempen juga, penyokong calon diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang tindakan provokasi yang boleh mencetuskan kekacauan.