13090668_1269969583030506_1044271278_o 13112463_1269969589697172_660898063_o 13113106_1269969573030507_1897020820_o 13120429_1269969619697169_260680176_o 13120836_1269969609697170_197940266_o 13129030_1269969596363838_565391873_o

#prnsarawak KUCHING : Medan Niaga Satok jadi pusat pertembungan budaya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata lebih 1,500 peniaga pelbagai etnik dikumpul disini untuk menawarkan hasil jualan mereka kepada masyarakat tempatan juga pelancong dalam dan antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika lawatannya di pasar itu yang disambut oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Kesempatan yang ada turut digunakan Datuk Seri Nazri untuk memperkenalkan calon BN DUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman kepada peniaga dan pembeli dia Medan Niaga Satok ini.

Selain barangan keperluan harian Medan Niaga Satok ini juga menawarkan pelbagai hasil kraftangan.

Selepas 3 tahun dibuka, beliau melihat masih ada ruang untuk penambahbaikan kemudahan yang boleh dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Beliau turut meminta pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi mengelak pelancong dari tertipu.