#prnsarawak 11 lagi nama diumumkan akan mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Ketika mengumumkan senarai itu, Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Adenan Satem mahu setiap yang bertanding atas lambang dacing untuk menyatakan ikrar taat setia kepada parti itu.

Sambil menegaskan, calon langsung yang bukan daripada parti komponen BN negeri, perlu meletakkan jawatan dalam parti yang diwakili sebelum ini.