#prnsarawak Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin ketika hari penamaan calon dan tempoh kempen, hampir 7,000 anggota dan pegawai polis sudah ditempatkan di seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata jumlah itu akan ditambah sehingga 10,000 anggota menjelang hari pembuangan undi.

Terdahulu Datuk Seri Zulkifli menyampaikan amanat penugasan pilihan raya kepada lebih 1,600 anggota yang akan mula bertugas pada hari penamaan calon esok.

Tambah beliau, peruntukan sebanyak RM4 juta akan digunakan untuk menyediakan kemudahan logistik dan komunikasi di kawasan pedalaman.

Ini termasuk bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan anggotanya.