#prnsarawak Pengerusi Barisan Nasional,BN, Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi mengumumkan 10 orang calon dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Sarawak Ke-11.

Antara tercalon termasuklah Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian yang bertanding di Kerusi DUN Batu Kawa.

Milton Foo Tiang Wee bagi DUN Pending , Peter Pau,Padungan, Sih Hua Ting,Batu Lintang dan Wilfred Yap Yau Shin,bagi DUN Kota Sentosa.

Turut diumumkan Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Lee Kim Shin, masing-masing dikekalkan bertanding di DUN Simanggang dan DUN Senadin.

Manakala Setiausaha Agung Supp, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew adalah calon bagi DUN Pissau, diikuti Lo Khere Chiang,Batu Kitang dan Chieng Buong Toon,Bukit Assek.

Pengerusi Barisan Nasional Sarawak, Tan Sri Adenan Satem,berkata calon bagi Kerusi DUN Repok, hanya akan diumumkan esok pada majlis rasmi yang bakal dihadiri beliau.